Friday, May 24, 2013

MENJAGA HATI

Assalamualaikum w.b.t

Harini teringin nak tulis pasal menjaga hati. 

Allah kurniakan kita dengan sekeping daging yang bernama 'HATI'..
Hati merupakan raja bagi seluruh jasad manusia, jika baik hati itu maka baiklah jasadnya, jika hotor hati itu maka buruklah jasadnya.
Segala perlakuan kita bermula dengan niat dari hati.



Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara..
Hebatnya hati mampu menangis tanpa air mata..
Hebatnya hati juga boleh menghancurkan iman kita..
Lemahnya hati dengan bisikan suara nafsu dunia..
Jadi jagalah hati kita sebaiknya..
Supaya kita termasuk dalam golongan orang yang mendapat redhaNya.. =)

Jauhi diri daripada sakit hati, tenangkan hati.... =)
Sakit hati? Ya Allah...jauhilah diri kita daripada perasaan itu. Berzikirlah duhai hati, agar kau sentiasa dilindungi. Bertasbih serta berzikirlah, agar kita dikasihi Allah s.w.t. Kekalkanlah hati kami untuk sentiasa mengingati Mu. Hindarilah hati kami dari lalai untuk mengintati Mu Ya Rabbana. 

CINTAI KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t 

Pertamanya marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk hidup menumpang di bumiNya.Kita hidup atas kerana cinta Sang Pencinta.

Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta. 

Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak.
Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga.
Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu.
Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair.
Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta.
Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta. 

Itulah cinta.
Hargailah cinta yang diberikan oleh Sang Pencinta. >_<