Friday, May 24, 2013

CINTAI KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t 

Pertamanya marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk hidup menumpang di bumiNya.Kita hidup atas kerana cinta Sang Pencinta.

Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta. 

Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak.
Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga.
Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu.
Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair.
Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta.
Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta. 

Itulah cinta.
Hargailah cinta yang diberikan oleh Sang Pencinta. >_<

No comments:

Post a Comment